title_sejarah.gif (5334 bytes)


triangle.gif (616 bytes)but_chinese.gif (1142 bytes)

PARTI GERAKAN sebenarnya telahpun wujud di negeri Johor sejak tahun 1968 sebagai parti pembangkang. Namun, pada bulan Februari 1972, Parti Gerakan telah menyertai Barisan Nasional sebagai salah satu parti komponen dengan hasrat ingin menstabilkan ekonomi dan politik negara.

Pada tahun 1997, Parti Gerakan Negeri Johor membuat rombakan di Tanjung Puteri Johor Bahru berikutan penyertaan pengikut-pengikut Sdr. Dr. Lim Keng Yaik seperti Looi Yan Chen, Lim Hooi Kuan, Lai Tian Yeang, Tay Keng Ho dan lain-lain lagi. Tidak berapa lama kemudian, Cawangan Kluang, Batu Pahat dan Kulai turut ditubuhkan. Jawatankuasa Penaja Negeri yang mengandungi 4 Cawangan diwujudkan dengan perlantikan Looi Yan Chen sebagai pengerusinya.

Pada tahun 1974. Parti Gerakan Negeri Johor mula berkembang menjadi sebuah organisasi politik yang bercorak kebangsaan berikutan penyertaan sekumpulan ahli politik tanah air yang aktif.

Pada tahun 1981, banyak Cawangan dan Bahagian ditubuhkan di seluruh negeri Johor berikutan kemasukan Dato’ Micheal Chen dan penyokong-penyokongnya ke dalam parti setalah dipecat dari MCA. Organisasi parti semakin berkembang apabila pada bulan April 1982, kerusi DUN kawasan Kulai diagihkan kepada Parti Gerakan Negeri Johor dan Khoo Che Wat berjaya menewaska calon parti pembangkang dengan majoriti 716 undi

Sesungguhnya, kemenangan Khoo Che Wat sebagai wakil rakyat kawasan Kulai telah membarakan semangat ahli-ahli parti di Negeri Johor. Pada tahun 1984, Khoo Che Wat dipilih sebagai Pengerusi J/K Perhubungan Negeri Johor yang pertama di Persidangan Perwaklian yang pertama di Larkin, Johor Bahru .

Malangnya, pada bulan September 1984, pemilihan parti di peringkat nasional telah sedikit sebanyak membawa kesan negatif kepada Parti Gerakan Negeri Johor .Segelintir ahli parti yang tewas dalam pemilihan parti telah menghasut rakan-rakan mereka meninggalkan parti dengan alasan mereka "sengaja diketepikan" oleh parti. Mujurlah kesetiaan ahli-ahli parti pada masa itu masih kuat dan kukuh, lantaran tidak mudah menjadi mangsa emosi atau terpedaya oleh mereka yang berniat melihat parti berpecah-belah.

Pada tahun 1986, Khoo Che Wat telah berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Gerakan Negeri Johor untuk penggal kedua. Beliau juga menang sebagai ADUN Kulai dalam pilihanraya umum dengan majoriti 878 undi. Pada masa yang sama, Parti Gerakan Negeri Johor telah mempunyai 3 orang ahli Majilis Daerah.

Seterusnya, Khoo Che Wat telah kekal sebagai Pengerusi Parti Gerakan Negeri Johr selama 6 penggal berturut-turut , iaitu pada tahun 1988 , 1990, 1992 dan 1994.Beliau juga terpilih sebagai ADUN Kulai untuk penggal ketiga pada tahun 1990 dan untuk penggal keempat pada tahun 1995. Dalam tempoh masa ini, Parti Gerakan Johor dikatakan berada pada puncak kegemilangan. Kegaitan parti dianggap paling banyak dan ahli-ahli parti amat bekerjasama dan erat. Dua sayap parti, iaitu Pemuda dan Wanita bergerak dengan begitu aktif sehingga kedua-dua Ketuanya terpilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Nasional dan Naib Pengerusi Wanita Nasoinal.

Selain itu , jentera parti turut berkembang . Parti Gerakan Negeri Johor buat kali pertamanya diperuntukkan Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru dan Ketua Masyarakat Kulai Besar pada tahun 1993 dan 1994. Bilangan Ahli Majilis Dearah juga bertambah menjadi 8 orang di daerah Muar , Kluang , Pontian, Kulai, Mersing, Segamat dan Johor Bahru.

 Malangnya, pada tahun 1995, pengagihan kerusi baru untuk DUN Skudai telah membawa perpecahan dalam parti akibat pemilihan calon. Perasaan dan emosi yang tidak

puas hati akhirnya menyebabkan Jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Johor dicabar dalam pemilihan parti 1995.

Sungguhpun pihak yang mencabar berjaya memenangi jawatan Pengerusi Negeri, namun perpaduan ahli tidak berjaya diwujudkan. Melihat keadaan sedemikian, pemimpin-pemimpin tertinggi di Pusat mengambil keputusan untuk mengambilalih pucuk pimpinan Negeri Johor. Y.B. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik dilantik menjadi Pengerusi Negeri manakala Y.B. Dr. Tan Kee Kwong dilantik sebagai Pengerusi J/K Pengurusan PGRM Negeri Johor.

Walaupun pengambilalihan kuasa oleh Pusat ini tidak begitu disenangi oleh segelintir ahli, namun langkah ini dianggap sebagai penawar yang paling berkesan pada ketika ini untuk menyatupadukan ahli parti semula bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka akan tiba tidak lama lagi.

(19.6.1999)

arrowup.gif (356 bytes)
TOP


Best viewed with Netscape  4.0 and above with resolution 640 x 480
Copyright (c) Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Johor

15, Jalan Jaya 2, Taman Jaya, 81300 Skudai, Johor.
Tel : 607-554 3786 & 607-554 3787   Fax : 607-554 3788

Email : johcman@pgrmjoh.po.my  Webmaster : tkteng@tm.net.my