chang_ky.jpg (5765 bytes)

PERUTUSAN DARIPADA
SDR. DATO’CHANG KO YOUN
Ketua Pemuda Nasional PGRM
全国民青团总团长
拿督郑可扬同志

 

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Parti Gerakan Negeri Johor atas kejayaan dan usaha yang gigih untuk melancarkan Laman Web Parti Gerakan Negeri Johor sendiri. Pelancaran Laman Web Parti Gerakan Negeri Johor adalah bertetapan dengan ledakan teknologi maklumat masa kini di negara kita kerana bilangan warga Internet telah meningkat dengan pesatnya. Saya percaya dengan pelancaran Laman Web Parti Gerakan Negeri Johor akan membolehkan warga Internet memahami dan menghayati perjuangan Parti Gerakan Negeri Johor sendiri amnya dan khususnya Parti Gerakan di negara kita.

Parti Gerakan sebagai sebuah parti politik yang berorientasikan "Parti Pergerakan Rakyat"atau "People Movement Party" mesti bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat melalui saluran elektronik ini . Dengan adanya laman web ini , pengunjung-pengunjung laman web ini boleh menghubungi wakil-wakil rakyat , ahli-ahli majlis perbandaran dan ahli-ahli Parti Gerakan melalui e-mail serta komen-komen daripada pemimpin-pemimpin Parti Gerakan mengenai isu-isu semasa melalui saluran elektronik ini . Kita boleh mengemukakan pandangan yang relevan yang bersesuaian dengan tuntutan masyarakat umum masa kini.

Saya percaya dengan komitmen , dedikasi dan kerjasama yang erat di kalangan pemimpin-pemimpin Parti Gerakan , kita akan dapat mengatasi cabaran-cabaran dalam perkembangan politik negara kita , pemulihan ekonomi negara kita dan ledakan teknologi maklumat yang menyebarkan maklumat-maklumat yang sensasi dan berat sebelah. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa saluran elektronik atau Internet akan menjadi sebagai salah satu media massa yang paling berpengaruh di kalangan masyarakat kita pada alaf baru yang akan datang ini . Oleh itu , usaha Parti Gerakan Negeri Johor untuk melancarkan laman web akan membolehkan Parti Gerakan Negeri Johor menerangkan dan memperjelaskan pendirian parti kita dalam pelbagai isu semasa serta usaha untuk mengemaskinikan laman web dari semasa ke semasa Di samping itu , Parti Gerakan Negeri Johor akan dapat menggunakan saluran elektronik ini untuk menangani dan menangkis propaganda parti-parti pembangkang yang berbentuk tohmahan , sensasi dan fitnah serta mengelirukan pandangan masyarakat terhadap usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan pembangunan infrastruktur untuk kesejahteraan hidup rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Saya berharap agar pelancaran laman web ini akan dapat membolehkan ahli-ahli Parti Gerakan dan masyarakat negara kita memahami sejarah Parti Gerakan di negeri Johor , organisasi dan perjuangan Parti Gerakan untuk sebuah masyarakat yang adil dan saksama tanpa mengira kaum , agama , jantina dan status sosial. Akhir kata , saya ingin mengingatkan ahli-ahli Parti Gerakan khususnya di Negeri Johor bahawa kita mesti bersedia menempuh pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat-matlamat Parti Gerakan dan Wawasan 2020 serta bekerjasama antara satu sama lain untuk mengukuhkan lagi parti kita.

Sekian , terima kasih.

SATU HATI, SATU WAWASAN, SATU NEGARA.

arrowup.gif (356 bytes)
TOP


Best viewed with Netscape  4.0 and above with resolution 640 x 480
Copyright (c) Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Johor

15, Jalan Jaya 2, Taman Jaya, 81300 Skudai, Johor.
Tel : 607-554 3786 & 607-554 3787   Fax : 607-554 3788

Email : johcman@pgrmjoh.po.my  Webmaster : tkteng@tm.net.my