title_ucapan.gif (3326 bytes)

presiden3.gif (10634 bytes)

SEKAPUR SIRIH DARIPADA
Y.B. DATO' SERI DR. LIM KENG YAIK
Presiden Nasional PGRM

Merangkap Pengerusi PGRM Negeri Johor

全国主席暨柔佛州联委会主席
拿督斯里林敬益医生同志


Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai ahli daripada pelbagai peringkat umur dan tinggal di setiap pelosok tanah air, kita terpaksa memastikan maklumat terkini mengenai parti dapat diketahui oleh mereka agar dapat mereka memberikan tindak balas yang spontan demi perkembangan parti yang berterusan.

Menyedari hakikat ini, Parti Gerakan Negeri Johor tidak ketinggalan menggunakan segala kemudahan teknologi maklumat (IT) sebagai wadah untuk membekalkan maklumat kepada ahli parti, orang awam dan juga penduduk dunia. Kita rasa keperluan ini penting, terutamanya dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, kerana penjimatan masa dan tenaga merupakan faktor penting ke arah mencapai kejayaan dan kesempurnaan.

Bagi parti, satu daripada sebab betapa perlunya kita memanfaatkan teknologi maklumat ialah memungkinkan pemimpin parti dan ahli berhubung dengan lebih mudah. Hal ini kerana pemimpin parti dapat menyiarkan segala rancangan dan aktivitinya untuk pengetahuan ahli. Melalui kaedah ini, ahli parti dapat memahami situasi yang sebenarnya, memberikan kerjasama dan sokongan padu serta tindak balas terhadapnya. Hubungan yang rapat antara pemimpin dan ahli amat penting untuk menjamin kekuatan dan keutuhan parti.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Biro Penerangan dan Pendidikan PGRM Johor yang telah menunjukkan inisiatif untuk menyediakan Laman Web parti. Semoga wujudnya usaha murni ini dapat memarakkan semangat ahli-ahli parti, khasnya mereka yang muda untuk sama-sama memandu parti ke arah kecemerlangan, sesuai dengan tuntutan alaf digital tatkala negara mencapai Wawasan 2020.

Sekian, terima kasih.

SATU HATI, SATU WAWASAN, SATU NEGARA

arrowup.gif (356 bytes)
TOP


Best viewed with Netscape  4.0 and above with resolution 640 x 480
Copyright (c) Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Johor

15, Jalan Jaya 2, Taman Jaya, 81300 Skudai, Johor.
Tel : 607-554 3786 & 607-554 3787   Fax : 607-554 3788

Email : johcman@pgrmjoh.po.my  Webmaster : tkteng@tm.net.my