title_ucapan.gif (3326 bytes)

SETITIS TINTA
Y.B. CHIA KWANG CHYE
Ketua Biro IT dan Multimedia PGRM Nasional
Merangkap Timbalan Setiausaha Agung Nasional PGRM

全国民政党资讯及多媒体局主任
兼全国副总秘书
谢宽泰同志


Barangkali fenomena unggul yang berlaku dalam dekad 90an yang hampir berakhir ini adalah perkembangan dalam Internet. Komunikasi, sama ada dengan media suara, video atau data, melalui World Wide Web, telah menukar corak sistem komunikasi dengan sangat ketara antara individu dan antarabangsa. Tiba-tiba dunia kita rasanya sangat kecil. Melalui Internet, kebanyakan negara di dunia dapat dihubungi dalam sekelip mata dan yang lebih penting dengan kos yang sangat rendah, Internet telah membuka jalan kepada dunia maklumat dan telekomunikasi.

Jadi untuk menghadapi cabaran dalam alaf digital baru ini, di mana telekomunikasi dan teknologi maklumat menjadi kelebihan, setiap individu dan juga organisasi perlulah mengorientasikan diri supaya menerima, mempelajari dan menjadi mahir dalam teknologi maklumat dan Internet.

Begitu juga parti politik yang progresif dan cergas seperti Parti Gerakan. Kita mestilah berkebolehan dan berupaya menghadapi permintaan yang semakin meningkat dari dunia dan memberikan respons dalam masa yang singkat berdasarkan maklumat yang terkini.

Saya mengalu-alukan usaha dan mengucapkan syabas kepada Parti Gerakan Negeri Johor kerana menyediakan Laman Web untuk memudahkan sebaran maklumat mengenai Parti bukan sahaja kepada ahli-ahli Gerakan, tetapi juga kepada orang ramai dan dunia. Semoga dengan langkah signifikan ini ke arah alaf digital, Parti Gerakan Negeri Johor terus berkembang dan maju.

Sekian, terima kasih.

SATU HATI, SATU WAWASAN, SATU NEGARA

arrowup.gif (356 bytes)
TOP


Best viewed with Netscape  4.0 and above with resolution 640 x 480
Copyright (c) Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Johor

15, Jalan Jaya 2, Taman Jaya, 81300 Skudai, Johor.
Tel : 607-554 3786 & 607-554 3787   Fax : 607-554 3788

Email : johcman@pgrmjoh.po.my  Webmaster : tkteng@tm.net.my