tan_kk.jpg (6036 bytes)

SEUNGKAP KATA DARIPADA
Y.B. SDR. DR. TAN KEE KWONG,

Timbalan Setiausaha Agung Nasional PGRM
Merangkap Pengerusi J/K Pengurusan PGRM Johor
全国助理秘书暨柔佛州行政委员会主席
陈记光医生同志


Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada Pemuda Gerakan Negeri Johor atas inisiatif dan kejayaan melancarkan Laman Web Parti Gerakan Negeri Johor pada hari ini.

Usaha ini adalah tepat pada masanya dan selaras dengan usaha Kerajaan dalam membina sebuah masyarakat berasaskan teknologi maklumat (IT) yang canggih dan progresif.

Pembangunan pesat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan penggalakkan perdagangan melalui Internet (e-commerce & e-banking) serta penawaran pelbagai insentif dan kemudahan kewangan oleh Kerajaan kepada pihak swasta jelas memaparkan usaha gigih Kerajaan untuk membangunkan industri teknologi maklumat negara, di samping merealisasikan matlamat unggul sepertimana yang disyorkan dalam Wawasan 2020.

Di samping itu pula, perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan ke Putrajaya dan Hospital Selayang yang mana akan beroperasi penuh pada akhir tahun ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan ke arah pentadbiran pengurangan kertas (paper-less government administration).

Mengambil kesempatan ini, saya ingin menggesa semua pihak baik bank, syarikat yang membekalkan utiliti seperti Telekom, Tenaga Nasional, Jabatan Bekalan Air serta industri kecil dan sederhana agar menyiapkan diri dalam usaha menangani cabaran atau masalah Y2K yang bakal dihadapi pada akhir tahun ini.

Memandangkan abad ke-21 merupakan era sains dan teknologi maklumat, saya ingin menyeru kepada semua ahli Parti Gerakan khususnya ahli-ahli pemuda dan wanita agar sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan teknologi maklumat yang terkini supaya lebih berdayasaingan dalam menghadapi cabaran abad ke-21.

Saya berasa gembira mengetahui bahawa Jawatankuasa Nasional Pemuda Gerakan akan menganjurkan satu bengkel teknologi maklumat pada 27 Jun di Kuala Lumpur. Seiring dengan ini, saya berharap ahli-ahli Pemuda dan Wanita Parti Gerakan Negeri Johor dapat meluangkan masa menghadiri bengkel tersebut dalam usaha melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat terkini.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan tahniah dan syabas kepada Pemuda Gerakan Negeri Johor atas inisiatif dan kejayaan melancarkan Laman Web Parti Gerakan Negeri Johor pada hari yang bersejarah dan bermakna ini.

 

SATU HATI, SATU WAWASAN, SATU NEGARA.


arrowup.gif (356 bytes)
TOP


Best viewed with Netscape  4.0 and above with resolution 640 x 480
Copyright (c) Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Johor

15, Jalan Jaya 2, Taman Jaya, 81300 Skudai, Johor.
Tel : 607-554 3786 & 607-554 3787   Fax : 607-554 3788

Email : johcman@pgrmjoh.po.my  Webmaster : tkteng@tm.net.my